Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

19) NON-COMMUNICABLE DISEASES

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah statistik terkini penyakit "Non-Communicable Diseases" di kalangan rakyat Selangor?

    Prevalens penyakit Non-Communicable Diseases (NCDs) berdasarkan kepada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey, NHMS) yang dijalankan pada tahun 2019 adalah seperti berikut:

    • Kencing manis (diabetes mellitus) : 18.0%
    • Tekanan Darah Tinggi (Hypertension) : 27.7%
    • Hypercholesterolemia     : 4.7%
    • Kemurungan                                                 : 1.0%

     

    Di antara faktor-faktor risiko penyakit NCD yang telah dikenalpasti dan juga prevalens faktor-faktor risiko ini berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 adalah seperti berikut:

    •  Obes : 32.7%
    • Berlebihan Berat Badan (overweight) : 32.4%
    • Perokok semasa : 18.5%
    • Smokeless Tobacco / E-ciggarettes / Vape : 7.2%
    • Pengambilan Alkohol            : 11.8%
    • Physical Inactivity : 24.2%

     

    Bagi penyakit diabetes mellitus, tinjauan daripada NHMS 2019 menunjukkan kadar diabetes meningkat daripada 13.4% pada tahun 2015 kepada 18.3% tahun 2019 atau 1 dalam 5 orang dewasa di Malaysia menghidap kencing manis. Daripada sistem National diabetes Registry (NDR) negeri Selangor, di dapati sehingga Oktober 2023, seramai 132, 603 pesakit diabetes aktif yang berdaftar di Klinik Kesihatan.

     

    Bagi daftar kes pesakit hipertensi di negeri Selangor, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mewujudkan sistem registri bagi kes hipertensi.

     

    Di Malaysia, neoplasma malignan kekal sebagai salah satu daripada lima (5) punca utama kematian selama dua dekad yang lalu. Pada tahun 2019, kanser menyumbang kepada 12.18% daripada semua kematian di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berbanding 9.54% pada tahun 2003.

     

    Daripada Malaysia National Cancer Registry Report 2012-2016, Jumlah kes kanser yang dilaporkan adalah 115,238 kes kanser baru. Berikut adalah sepuluh jenis kanser yang paling banyak dilaporkan untuk tahun 2012-2016:

     

    1. Kanser Payudara (19.0%)
    2. Kolorektal 13.5%)
    3. Paru-Paru (9.8%)
    4. Limfoma (5.1%)
    5. Nasofaring (4.0%)
    6. Leukemia (3.7%)
    7. Prostat (3.6%)
    8. Hati (3.5%)
    9. Serviks Uteri (3.5%)
    10. Ovari (3.1%)

     

    Survelan kanser adalah setiap 5 tahun. Masih menunggu Laporan Registri Kanser Kebangsaan (2017-2021)

     

    Bagi daftar kesihatan mental pula berdasarkan Kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Dan Morbiditi oleh  Institut Kesihatan Negara (IKU) pada 2019 menunjukkan sebanyak 2.3% rakyat Malaysia atau 1% daripada rakyat negeri Selangor yang berumur 18 tahun dan ke atas mengalami kemurungan.

     

    Manakala berdasarkan peratusan kanak-kanak yang berumur 5-15 tahun bagi Negeri Selangor, peratusan  kes adalah seperti berikut:  Kesihatan Mental 4.1% (Mental Health), Kesihatan Emosi 5.7% (Emotional Health), Masalah Tingkah Laku 10.9% (Conduct Problem), Masalah Hiperaktif 1.0% dan Masalah Kemahiran Sosial 38.0% (Pro-Social Skills).

     

    Bilangan pesakit mental yang berdaftar dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan kerajaan di Negeri Selangor 2022 adalah seramai 2,064 pesakit (bilangan ini tidak termasuk bilangan pesakit yang mendapatkan di hospital/klinik swasta).

     

    Bagi jumlah bilangan kemasukan pesakit ke Wad Psikiatri di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Negeri Selangor pada tahun 2022 adalah seperti berikut:

     

    Skizofrenia : 581
    Bipolar : 225
    Kes Sengaja Menderakan Diri (intentional self harm). : 347

     

    Pada tahun 2022, bilangan kedatangan di Klinik Pakar Psikiatri di hospital KKM di Selangor sebagai pesakit luar adalah seramai 17,254 iaitu bagi masalah kesihatan mental dan tingkahlaku manakala seramai 335 adalah bilangan kedatangan bagi kes sengaja mencederakan diri (intentional self harm).

     

    Statistik penyakit berdasarkan Malaysia Health Data Warehouse (MyHDW) dan Unit Rekod Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi pesakit dalam (inpatient) dan luar (outpatient) hospital pada tahun 2022.

     

    Musculoskeletal disorders : 40,729 pesakit
    Eye diseases : 47,105 pesakit
    Skin diseases : 41, 916 pesakit
    Cardiovascular diseases : 138,004 pesakit
    Chronic respiratory diseases : 442,241 pesakit
    Oral diseases* : 22,092 pesakit

     

    *Prevalens dan mean penyakit mulut Non-Communicable Diseases (NCDs) di Selangor adalah seperti berikut: –

     

    Bil Kategori Umur Penyakit Prevalens Mean Sumber
    1. Dewasa Karies Gigi 84.4 9.09 NOHSA 2010
    Penyakit Gusi 96.8
    Lesi Mulut 52.4
    2. Murid Sekolah Karies Gigi 22.3 0.36 NHMS: NOHSS 2017
    Penyakit Gusi (Periodontitis) 99.84
    3. Kanak-Kanak Prasekolah Karies Gigi susu (dmft) 61.1 3.37 NOHPS 2015

     

    Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mordibiti (NHMS) 2019, sebanyak 50% di kalangan dewasa di Malaysia adalah dalam kategori berlebihan berat badan atau obes di mana 54.7% adalah golongan wanita, 63.9% berbangsa India dan 60.9% berumur di antara 55 sehingga 59 tahun.

     

    Didapati 1 daripada 4 orang dewasa adalah tidak aktif fizikal. Di mana 28% adalah golongan wanita, 59% berumur 75 tahun ke atas, 39% adalah di kalangan pelajar dan 27% daripada lokaliti bandar.

     

    Bagi Faktor Risiko Penggunaan Tembakau di kalangan mereka yang berumur 15 tahun dan ke atas adalah sebanyak 21.3% iaitu seramai 4.8 juta orang dengan peratusan lelaki melebihi perempuan (lelaki sebanyak 40.5% manakala perempuan sebanyak 1.2 %) (NHMS 2019). Manakala prevalen merokok bagi golongan remaja berumur 13 hingga 15 tahun adalah sebanyak 13.2% (NHMS: Adolescent Health (2017)). Bagi penggunaan rokok elektronik di kalangan remaja berusia 15 tahun dan ke atas adalah sebanyak 4.9% (NHMS 2019). Manakala sebanyak 42.2% pelajar sekolah menengah menggunakan rokok elektronik dan 82.2% adalah daripada golongan B40 (UKM, 2018).

     

    Bagi faktor pengambilan alkohol, sebanyak 11.8 peratus rakyat Malaysia adalah mengambil minuman beralkohol  di mana 1 daripada 2 peminum alkohol ini mengambil minuman secara mudarat / sehingga mabuk (binge drinking) (NHMS 2019).

     

    Di antara program yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah dan mengawal penyakit Non-Communicable Disease (NCD) adalah seperti berikut:

     

    • Melaksanakan National Health Screening Initiative (NHSI) bagi pesakit yang berumur 18 tahun ke atas yang meliputi saringan diabetes, hipertensi, kolestrol dan saringan mental di bawah Program Kesihatan Kardiovascular, Kesihatan Mental;

     

    • Melaksanakan National Health Screening Initiative (NHSI)Psychological First Aid (PFA) di kalangan barisan hadapan. PFA ini akan dikembangkan pelaksanaannya ke agensi barisan hadapan lain atau komuniti-komuniti pada tahun hadapan sekiranya mempunyai peruntukan;

     

    • Menyediakan talian HEAL 1555 (talian bantuan krisis kesihatan mental) yang beroperasi daripada National Centre Of Excellence Of Mental Health, Cyberjaya (NCEMH), setiap hari bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 malam.

     

    • Melaksanakan saringan kanser kolorektal di Klinik Kesihatan dan komuniti (KOSPEN). mamogram, HPV dan Pap Smear di Klinik Kesihatan, dan seminar kanser pada Hari Kesedaran Kanser;

     

    • Melaksanakan seminar penderaan kanak-kanak dan domestic violence bagi mengatasi masalah keganasan kanak-kanak dan domestic; dan

     

    • Melaksanakan seminar EVALI (vape) dan seminar klinik berhenti merokok di bawah Program Kawalan Tembakau.

     

    Nota:* Maklumat lanjut mengenai Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 boleh diakses melalui pautan https://iku.gov.my/nhms-2019

  2. Apakah langkah yang telah diambil Kerajaan Negeri Selangor bagi mencegah dan mengurangkan penyakit "Non-Communicable Diseases" di kalangan rakyat?

    Kerajaan Negeri sentiasa memastikan agenda kesihatan rakyat Negeri Selangor terpelihara, Justeru itu, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan program Saring Selangor pada tahun 2022 yang bertujuan mengalakkan orang awam menjalani saringan kesihatan secara berkala dan seterusnya dapat mengenalpasti penyakit termasuk NCD pada peringkat awal. Melalui program Saring Selangor, sebanyak tiga saringan berkaitan NCD akan dijalani oleh orang awam iaitu ujian fizikal, ujian darah dan ujian urin.

    Pada tahun pertama pelaksanaannya, seramai 15,522 orang telah menghadiri program Saring Selangor dan daripada jumlah itu, seramai 11,675 orang telah dikenalpasti memerlukan pemerhatian lanjut hasil daripada saringan NCD. Bagi tahun 2023, seramai 4,366 orang telah hadir pada program tersebut dan jumlah individu yang memerlukan pemerhatian lanjut adalah seramai 3,854 orang.

     

    Kerajaan Negeri juga turut mengadakan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan sukarelawan kesihatan seperti Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) dalam mengadakan hebahan promosi dan advokasi kepada orang awam berhubung penjagaan kesihatan yang baik serta menerangkan punca dan risiko berkaitan penyakit NCD.

     

    Langkah yang telah diambil ialah mempertingkatkan program promosi kesihatan dan saringan penyakit NCD ( contohnya NHSI – National Health Screening Initiative, saringan kanser, outreach programe kepada golongan kurang berkemampuan) dalam komuniti dengan mengkoordinasi untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi-agensi yang terlibat dalam bidang kesihatan, kebajikan dan masyarakat. Bagi mengekalkan kesinambungan dan kelestarian program di dalam masyarakat kerajaan negeri Selangor memperkasakan sukarekawan (contohnya sukarelawan SUKA, KOSPEN, DUTA KENALI UBAT dan PANEL  PENASIHAT KESIHATAN) untuk memacu tahap kesihatan rakyat negeri Selangor ke aras yang lebih cemerlang. Sekiranya program-program ini berjaya ia dapat melahirkan rakyat Selangor yang lebih sihat dan berdaya maju.

Lampiran

Tiada Lampiran.