Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
17) TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan semua tapak pembuangan sampah haram yang masih aktif di Negeri Selangor.
Senarai tapak pembuangan sampah haram yang dikategorikan masih aktif di Negeri Selangor adalah seperti berikut:-
BIL. PBT SENARAI TAPAK SAMPAH HARAM YANG AKTIF JUMLAH 1 MBSJ LAMPIRAN 1 18 2 MPHS LAMPIRAN 2 13 3 MPS LAMPIRAN 3 8 4 MPKj LAMPIRAN 3 8 5 MPK LAMPIRAN 4 6 6 MPKS LAMPIRAN 4 3 7 MPKL LAMPIRAN 4 1 8 MBSA TIADA TAPAK AKTIF – 9 MBPJ – 10 MPAJ – 11 MPSp – 12 MDSB – JUMLAH KESELURUHAN 57 *Sumber: PBT Negeri Selangor
-
Adakah akta sedia ada tidak mencukupi untuk pengawalan operasi tapak pembuangan sampah?
Akta sedia ada iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) adalah tidak mencukupi untuk pengawalan operasi tapak pembuangan sampah. Di bawah akta ini, Pihak Berkuasa Tempatan diberi kuasa untuk membuat undang-undang kecil. Penguatkuasaan bagi negeri Selangor pada masa ini adalah hanya terhad kepada kuasa di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Tahun 2007. Di bawah UUK ini, jumlah denda bagi pembuangan sampah adalah maksimum RM2,000 sahaja. Selain itu, UUK tersebut menghadkan tindakan yang boleh diambil kepada pengusaha atau operator tapak sampah haram.
Kerajaan Negeri sedar dan telah berusaha untuk menambah baik undang-undang berkaitan aktiviti pembuangan sampah dengan menggubal Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam pada tahun 2020, namun perkara ini tidak mendapat sambutan daripada pihak Kerajaan Persekutuan selepas beberapa kali dimohon sejak tahun 2019 dan 2020.
Sehubungan itu, MMKN Ke 15/2023 yang diadakan pada 7 Jun 2023 dan disahkan oleh MMKN Ke 16/2023 (Khas) pada 16 dan 17 Jun 2023 bersetuju supaya penggubalan dan pewartaan Enakmen atau Undang-Undang Kecil Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam diteruskan semula mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
-
Apakah akta lain yang boleh digunakan selain Akta Kanun Tanah Negara yang diguna pakai sekarang?
Akta lain yang boleh digunakan bagi menguatkuasa tindakan terhadap penggunaan tanah sebagai tapak pembuangan sampah haram adalah seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Sekyen 82, Notis Kacauganggu); Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).