Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

15) PEMBANGUNAN DALAM RANCANGAN SELANGOR PERTAMA (RS-1)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah ‘committed capital' daripada pihak swasta yang telah diperolehi oleh kerajaan bagi merealisasikan pembangunan-pembangunan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dan apakah persediaan anak-anak syarikat bagi menjamin kemampuan fizikal untuk terlibat sama?

    Sekurang – kurangnya terdapat 20 pihak swasta yang terlibat secara langsung dengan pelaburan di bawah Teras Ekonomi Rancangan Selangor Pertama (RS-1). Maklumat berkenaan ‘commited capital’ adalah maklumat sulit dan tidak didedahkan oleh pihak swasta. Walaubagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri giat membuat pemantauan terhadap semua projek dan inisiatif daripada pihak swasta di bawah RS-1 supaya KPI dan keberhasilan projek masing-masing tercapai. Di samping itu, anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri juga memastikan semua projek dan insiatif RS-1 di bawah pelaksanaan masing-masing juga diperkukuhkan dalam business plan Syarikat dalam meningkatkan daya saing Syarikat.

Lampiran

Tiada Lampiran.