Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

11) MITS BAGAN TERAP SABAK BERNAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan untuk memanfaatkan bangunan tinggal yang masih kosong?

    JAIS merancang untuk membaikpulih dan menaiktaraf bagi memanfaatkan beberapa bangunan tinggal yang masih kosong seperti Mini Auditorium, Bilik Darjah Tingkatan 6 dan Asrama Tingkatan 6. Walau bagaimanapun, ia dibincang di peringkat Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan mengikut keutamaan secara berperingkat.

  2. Apakah perancangan kerajaan bagi pembangunan tanah MITS yang luas dan masih kosong?

    Kerajaan melalui JAIS merancang untuk membangunkan tapak tanah MITS yang masih kosong sebagai tapak pusat aktiviti ko-kurikulum bagi sekolah-sekolah Agama Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.