Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

4) PEMASANGAN LAMPU SOLAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria lokasi yang dipilih untuk pemasangan lampu solar?

    Kriteria pemilihan lokasi untuk pemasangan lampu Solar LED adalah seperti berikut:

     

    • Tiada punca bekalan kuasa
    • Kawasan vandalisma (tinggi kadar kecurian)
    • Kawasan kerap kemalangan (kawasan gelap)
    • Simpang terpencil (jauh dari bekalan kuasa TNB)
    • Jambatan

    Di luar kawasan rentis TNB (jarak 30m)

  2. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memperluas pemasangan lampu solar di seluruh negeri terutama di kawasan luar bandar?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Pencahayaan Lampu Jalan Jenis Solar LED di seluruh Dun Negeri Selangor pada tahun 2022 dan 2023.

     

    Sebanyak 790 batang tiang lampu berwarna merah kuning lengkap dengan 120W lampu solar led dipasang di bawah program ini dengan jumlah kos muktamad sebanyak RM 5,976,875.00. Purata pemasangan lengkap bagi sebatang tiang lampu ini adalah sebanyak RM 7,565.00.

  3. Bagaimanakah pemantauan terhadap penyelenggaraan lampu jalan dibuat oleh JKR terutamanya bagi jalan-jalan utama negeri?

    Pemantaun terhadap penyelenggaraan lampu jalan telah dimasukkan di bawah skop rondaan berkala di dalam Kontrak Jangka Panjang (KJP). Selain itu, rondaan secara berkala turut dilaksanakan secara Jabatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.