Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

211) LEBUHRAYA EKVE

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Agensi manakah yang akan memastikan projek pembinaan Lebuhraya EKVE siap mengikut jadual? Bilakah pembinaan tersebut dijangka siap?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, agensi yang memantau pelaksanaan projek pembinaan Lebuhraya EKVE adalah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab bagi projek-projek lebuhraya bertol di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia. Namun begitu status perancangan, pembangunan dan pelaksanaan semua lebuhraya di dalam Negeri Selangor akan terus dipantau secara berkala di bawah Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Lebuhraya dan Projek Infrastruktur di dalam Negeri Selangor. Kemajuan kerja keseluruhan projek EKVE sehingga 25 Januari 2023 adalah 91.94% dan akan dibuka secara berperingkat pada tahun hadapan.

Lampiran

Tiada Lampiran.