Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

200) STATUS NAIKTARAF KLINIK

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini bagi klinik-klinik kesihatan yang dalam pembinaan dan pengubahsuaian di sekitar DUN Dengkil iaitu KK Dengkil dan KK Bkt Changgang?

    Bagi Klinik Kesihatan Dengkil, pihak Kementerian telah meluluskan Projek Kerja-Kerja Menaiktaraf dan Membaiki Bangunan Ibu dan Anak (MCH) serta Lain-lain Kerja Berkaitan di Klinik Kesihatan Dengkil, Sepang dengan anggaran nilai RM500,000.00. Kerja ini melibatkan peluasan ruang bagi perkhidmatan rawatan ibu dan anak untuk mengurangkan masalah kesesakan di klinik tersebut serta dijangka selesai pada akhir tahun 2023. Bagi Klinik Kesihatan Bukit Changgang pula, terdapat satu projek Menaiktaraf Bangunan MCH serta kerja-kerja berkaitan di Klinik Kesihatan Bukit Changgang, Kuala Langat dengan kos berjumlah RM200,000.00 yang selesai dilaksanakan pada tahun 2021. Kerja yang terlibat ialah penambahan ruang pemeriksaan dan ruang menunggu disebabkan ruang sedia ada tidak mencukupi dan sempit, kerap menerima aduan dari pelawat dan ruang tidak bersesuaian dengan jumlah pesakit yang datang terutamanya pada waktu puncak.

Lampiran

Tiada Lampiran.