Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
198) STATUS TANAH KUBUR TMN PUTRA PERDANA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengapa status tanah kubur di Tmn Putra Perdana ditukar dan di gazet sebagai jalan kekal ke Tmn Meranti Putra?
Tanah Perkuburan Islam Taman Putra Perdana, Lot 45975 berkeluasan 17 ekar telah diwartakan di bawah kawalan Pengarah JAIS pada 2 Julai 2015 melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 2530.
TanahPerkuburan Islam tersebut tidak ditukar dan digazetkan sebagai jalan kekal cuma JAIS telah bersetuju untuk menyerahkan sebahagian lot tersebut (0.9 ekar) sebagai jalan awam yang akan diselenggara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Baki serahan untuk kegunaan jalan awam tersebut masih kekal sebagai Tanah Perkuburan Islam (16.1 ekar).
Untuk makluman juga, keluasan tapak tanah kubur wakaf Taman Meranti Putra Perdana tersebut adalah sebanyak 17.226 ekar keseluruhannya. 20% dari jumlah keluasan tanah perkuburan tersebut telah digunakan. Manakala purata kematian di kariah tersebut sekitar 15 ke 20 orang dalam tempoh sebulan dan tanah perkuburan itu masih boleh menampung sehingga tahun 2040.