Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

195) STATUS PENGGUNAAN BANGUNAN DEWAN ORANG RAMAI KPG DATUK ABU BAKAR BAGINDA

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status penggunaan dewan ini serta samada ia akan diroboh dan dibina semula atau sekadar dibaikpulih untuk kegunaan orang ramai?

    Dewan Orang Ramai Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda akan dirobohkan dan digantikan dengan pembinaan Kompleks Komuniti Dato’ Abu Bakar Baginda. Kompleks komuniti ini terdiri daripada dewan komuniti yang memuatkan 3 gelanggang badminton, medan selera, medan niaga, perpustakaan awam dan juga TASKA untuk kegunaan komuniti setempat.

    Cadangan pembinaan Kompleks Komuniti tersebut telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Wang Amanah Caj Pemajuan, MPSepang. Pihak Majlis juga telah melantik perunding bagi merekabentuk Kompleks Komuniti Dato’ Abu Bakar Baginda dan kini dalam proses memuktamadkan rekabentuk akhir bagi proses perolehan selanjutnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.