Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

191) KEROSAKAN STRUKTUR BANGUNAN DAN MENDAPAN TANAH DI TAMAN DESA IDAMAN, OLAK LEMPIT, DAERAH KUALA LANGAT

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan pihak Kerajaan Negeri berkenaan isu ini selepas mendapat aduan daripada penduduk?

    Tindakan PBT terhadap isu ini selepas mendapat aduan daripada penduduk.

    i. MPKL mengemukakan notis kepada Pihak Arkitek yang asal bagi projek tersebut dengan tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan notis supaya mengemukakan laporan kerosakan bangunan dan cadangan kerja pembaikan sewajarnya dengan diperakukan oleh Jurutera Berdaftar.

  2. Adakah Kerajaan Negeri sedar pemaju telah menjalankan kerja pembaikan tidak mengikut piawaian MPKL?

    PBT sedar pemaju menjalankan kerja pembaikan mengikut piawaian.

    i.Pihak MPKL telah memastikan pemaju menjalankan kerja pembaikan seperti yang dipersetujui bersama penduduk, mematuhi piawaian pembinaan dan pembekal bahan binaan yang diiktiraf serta dipantau dan diperakukan oleh Jurutera Berdaftar.

  3. Apakah laporan status terkini kerja pembaikan berkenaan?

    Laporan status terkini kerja pembaikan berkenaan.

    Kerja-kerja pembaikan pada 4 unit rumah teres dan 1 unit rumah berkembar  seperti yang berikut:

    i. Kerja-kerja memecah lantai, memasang dan penyambungan saluran paip yang patah dibahagian bawah tandas, menaikkan tangki najis ke aras asal serta membuat semula lantai bahagian tandas.

    ii. Kerja-kerja memecah lantai porch, memasang tetulang, membaiki saluran yang berkaitan seterusnya membina lantai yang baru.

Lampiran

Tiada Lampiran.