Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

185) PELABURAN TEMPATAN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah prestasi pelaburan tempatan di Selangor pada 2020 -2022?

    Bagi tempoh tahun 2020 hingga 2022, pelabur tempatan menunjukkan prestasi yang menggalakkan dimana pada tahun 2020 pelabur tempatan menyumbang sebanyak RM 11.48 bilion iaitu sebanyak 62.3% kepada jumlah pelaburan dalam sektor perkilangan yang diluluskan di Negeri Selangor. Pada tahun 2021 pelabur tempatan menyumbang sebanyak RM 6.05 bilion iaitu 80.6% kepada jumlah pelaburan dan bagi tempoh Januari hingga September 2022, pelabur tempatan menyumbang sebanyak RM 3.58 bilion iaitu sebanyak 36.9% kepada jumlah pelaburan di Selangor.

     

     

    Prestasi pelaburan tempatan di Selangor pada tahun 2020 – 2022 seperti berikut;

    Tahun Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) (%) Pelaburan Asing (RM) (%) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    2020 324 19,950 11,479,144,002 62.3% 6,946,018,121 37.7% 18,425,162,123
    2021 247 14,393 6,052,770,679 80.6% 1,458,273,188 19.4% 7,511,043,867
    2022

    (Jan-Sept.)

    199 11,601 3,582,726,215 36.9% 6,121,226,385 63.1% 9,703,952,600
                 
    Jumlah 770 45,944 21,114,640,896 14,525,517,694   35,640,158,590

    Sumber : MIDA

  2. Nyatakan bidang-bidang pelaburan yang diberi penumpuan?

    Antara bidang – bidang pelaburan yang diberi penumpuan seperti;-

     

    1. Sains Hayat (Life Sciences)
    2. Pembuatan Makanan & Minuman (Food & Beverages)
    3. Pembuatan Produk Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronic)
    4. Kelengkapan Pengangkutan (Transport Equipment)
    5. Mesin dan Peralatan (Machinery & Equipment)

     

    Selain daripada itu, terdapat 2 industri baru turut dikenalpasti dan berpotensi melonjakkan Selangor sebagai destinasi pelaburan seperti:-

     

    1. Industri Perkhidmatan Logistik (Logistic Services),
    2. Digital Investment seperti Global Business Services (GBS), Data Centre serta Creative Content Technology

Lampiran

Tiada Lampiran.