Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

183) AIR PERCUMA

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keseluruhan pembiayaan air percuma bagi tahun 2021 sehingga januari 2023?

    Jumlah keseluruhan pembiayaan di bawah Skim Air Darul Ehsan (SADE) bagi tahun 2021 sehingga Januari 2023 adalah berjumlah RM73.1 juta dengan pecahan mengikut tahun seperti berikut:

     

    Tahun

    Perbelanjaan

    2021

    RM34.4 juta

    2022

    RM35.4 juta

    2023

    (sehingga Januari)

    RM3.3 juta

    Jumlah Keseluruhan

    RM73.1 juta

  2. Apakah sebab utama Skim Air Percuma ditukar kepada Skim Air Darul Ehsan yang baru?

    Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM1.8 bilion bagi menampung pembiayaan Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu semenjak Jun 2008 hingga Ogos 2019. Bagi memastikan program ini menepati objektif pelaksanaannya dan sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri ke arah perbelanjaan yang lebih berhemat, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) ke 10/2019 yang diadakan pada 24 April 2019 yang telah disahkan oleh MMKN ke 11/2019 pada 08 Mei 2019 telah meluluskan supaya penjajaran semula Program Pemberian Air Percuma dibuat bagi menyasarkan bantuan kepada kumpulan sasar iaitu golongan yang benar-benar memerlukan dan berkelayakan melalui Skim Air Darul Ehsan (SADE). SADE kini memberi tumpuan kepada golongan yang berpendapatan bulanan isi rumah kurang daripada RM5,000 sebagai salah satu syarat kelayakan. Sebagai perbandingan, jumlah pembiayaan Program Pemberian Air Percuma adalah RM180 juta setahun berbanding SADE berjumlah RM40 juta setahun. Langkah penjajaran ini telah memberi penjimatan untuk disalurkan kepada program-progam kebajikan rakyat yang lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.