Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

181) PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik terkini projek belum siap dan dalam perancangan keseluruhan unit Rumah Selangorku sehingga seperti disember 2022 mengikut daerah.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Rumah Selangorku telah mula diperkenalkan pada tahun 2014. Sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 12,637 unit sedang dalam pembinaan dan baki sebanyak 72,380 unit masih di dalam peringkat perancangan. Perincian statistik RSKU yang tersebut mengikut daerah adalah seperti berikut :-

     

    Perincian projek RSKU yang masih dalam pembinaan mengikut daerah adalah seperti   berikut :-

     

    Bil Daerah Bilangan Unit
    1 Gombak 1,030
    2 Hulu Langat 3,200
    3 Hulu Selangor 928
    4 Klang 390
    5 Kuala Langat 1,453
    6 Kuala Selangor 903
    7 Petaling 2,742
    8 Sepang 1,991
    JUMLAH KESELURUHAN 12,637

     

     

     

     

     

    Perincian projek RSKU dalam peringkat perancangan mengikut daerah adalah seperti berikut :-

     

    Bil Daerah Bilangan Unit
    1 Gombak 13,600
    2 Hulu Langat 9,540
    3 Hulu Selangor 1,425
    4 Klang 9,700
    5 Kuala Langat 8,795
    6 Kuala Selangor 4,519
    7 Petaling 14,079
    8 Sabak Bernam 24
    9 Sepang 10,698
    JUMLAH KESELURUHAN 72,380
  2. Berapakah jumlah permohonan Rumah Selangorku yang telah berjaya, tidak layak dan menunggu sehingga disember 2022?

    Sehingga 31 Disember 2022, jumlah permohonan Rumah Selangorku yang telah berjaya ditawarkan adalah seramai 43,861 pemohon, permohonan yang tidak layak dan menolak tawaran adalah seramai 40,195 pemohon manakala baki sebanyak 86,358 pemohon dalam status senarai menunggu.

Lampiran

Tiada Lampiran.