Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

176) TANAH RIZAB MELAYU

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah keluasan tanah Rizab Melayu di Negeri Selangor.

    Jumlah bagi keluasan TRM di Negeri Selangor setakat ini adalah 401,568.41 ekar (162,508.97 hektar) sehingga Februari 2023.

  2. Nyatakan keluasan tanah Rizab Melayu yang telah dibatalkan dan juga yang telah digantikan bagi tempoh 5 tahun ini.

    Jumlah keluasan TRM yang telah dibatalkan dan digantikan bagi tempoh 5 tahun ini adalah seperti berikut :

     

    1. Jumlah Batal : 12,187.95 ekar
    2. Jumlah Ganti : 5,570.18 ekar