Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
175) HUTANG KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah keseluruhan hutang terkumpul Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Pusat bagi tempoh 5 tahun yang lalu dan perincikan perbandingan di antara negeri-negeri lain dalam tempoh yang sama.
Jumlah keseluruhan hutang terkumpul Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Pusat bagi tempoh 5 tahun yang lalu adalah seperti berikut:
- Tahun 2019 : RM1,113.197 juta;
- Tahun 2020 : RM1,106.560 juta;
- Tahun 2021 : 481 juta;
- Tahun 2022 : 844 juta; dan
- Tahun 2023 : 207 juta *(baki sehingga 28 Februari 2023)
Manakala maklumat hutang terkumpul negeri-negeri lain kepada Kerajaan Pusat adalah diselia di peringkat Kementerian Kewangan Malaysia.
-
Sila perincikan jadual pembayaran balik hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat sejak 5 tahun lalu.
Jadual terperinci pembayaran balik hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat sejak 5 tahun lalu
Bil Akaun Pinjaman
Bayaran Balik Hutang Kerajaan Negeri Kepada Kerajaan Pusat
Baki Pinjaman Belum Selesai
(RM)
2018
(RM)
2019
(RM)
2020
(RM)
2021
(RM)
2022
(RM)
1. Projek Bekalan Air
– – – 1,072,320,299.45
– 17,314,096.31
2. Skim Amanah Saham Selangor (ASAS)
1,893,379.46
1,893,379.46
1,893,379.46
1,893,379.46
1,893,379.46
1,893,379.47
3. Membiayai Projek Perluasan Zon Perindustrian Bebas Sungei Way, Petaling Jaya, Selangor
4,743,702.73
4,743,702.73
4,743,702.73
4,743,702.73
4,743,702.73
0.00
Jumlah Keseluruhan
6,637,082.19
6,637,082.19
6,637,082.19
1,078,957,381.64
6,637,082.19
19,207,475.78
Nota:
- Bayaran balik pinjaman Projek Bekalan Air pada tahun 2021 sebanyak RM1,072,320,299.45 merupakan pelarasan kepada akaun pinjaman bagi maksud novasi pinjaman kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).
- Baki pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM17,314,096.31 akan turut dinovasikan kepada PAAB dalam masa terdekat.
-
Sila nyatakan sama ada terdapat permohonan pinjaman yang baharu yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat dalam tempoh 5 tahun ini.
Tiada permohonan pinjaman yang baharu yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat dalam tempoh 5 tahun ini.