Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

173) MARRIS DUN SUNGAI AIR TAWAR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan dan nilai peruntukan projek MARRIS bagi projek sudah kerja dan siap, projek sudah kerja tapi belum siap, projek telah dibuka tender tapi belum mula kerja dan projek belum mula bagi tahun 2022?

    Peruntukan MARRIS tahun 2022 seperti berikut:

    i) Senarai dan nilai peruntukan MARRIS bagi projek 2022;

    Peruntukan : RM 3,000,000.00

    Perbelanjaan : RM 2,35,779.13

     

    ii) Senarai Kerja

    1. Jalan dan longkang –           6 projek
    2. Landskap             –           1 projek
    3. Penyelenggaraan rutin –           1 projek

     

    Jumlah :         8 projek

     

    Pada tahun 2022, terdapat empat belas (14) projek di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi DUN Sungai Air Tawar, Daerah Sabak Bernam. Jumlah peruntukan di bawah MARRIS pada tahun 2022 kepada Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam adalah sebanyak RM7,794,710.29 keseluruhannya.

     

    Senarai projek di bawah peruntukan MARRIS bagi DUN Sungai Air Tawar tahun 2022 adalah seperti di lampiran.