Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
164) LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kutipan dan perbelanjaan Lembaga Zakat Selangor pada 2021 dan 2022?
Jumlah kutipan dan agihan LZS tahun 2021 dan 2022 adalah seperti berikut:-
TAHUN KUTIPAN
AGIHAN
2021 RM992,911,959
RM922,315,855
2022 RM1,067,855,832
RM1,049,288,951
% Peningkatan 7.5% 14% *Tahun 2022 data belum diaudit
-
Nyatakan keberkesanan operasi Lembaga Zakat Selangor dalam memastikan kebajikan rakyat negeri terjamin?
Berdasarkan kepada jumlah agihan zakat tahun 2022, LZS telah mengagihkan bantuan kebajikan sebanyak RM586j bagi memastikan keebajikan rakyat negeri Selangor terutamanya asnaf fakir miskin terjamin. Ini boleh dilihat pada 10 jenis bantuan kebajikan tertinggi yang telah diagihkan sepanjang tahun 2022:-