Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

160) PRESTASI PELABURAN DI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci pelaburan terbaru di Selangor pada 2022?

    Bagi tempoh Januari hingga Disember 2022, sebanyak 265 projek perkilangan yang diluluskan oleh MIDA berstatus projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah RM 12,207.7 juta (RM 12.21 bilion). Daripada jumlah ini sebanyak RM 4,642.0 juta (RM 4.64 bilion) daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 7,565.7 juta (RM 7.57 bilion) daripada pelaburan asing.

  2. Senaraikan bidang-bidang utama yang menarik minat pelabur untuk masuk?

    Antara bidang – bidang pelaburan yang diberi penumpuan seperti;-

     

    1. Sains Hayat (Life Sciences)
    2. Pembuatan Makanan & Minuman (Food & Beverages)
    3. Pembuatan Produk Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronic)
    4. Kelengkapan Pengangkutan (Transport Equipment)
    5. Mesin dan Peralatan (Machinery & Equipment)

     

    Selain daripada itu, terdapat 2 industri baru turut dikenalpasti dan berpotensi melonjakkan Selangor sebagai destinasi pelaburan seperti:-

     

    1. Industri Perkhidmatan Logistik (Logistic Services),
    2. Digital Investment seperti Global Business Services (GBS), Data Centre serta Creative Content Technology

Lampiran

Tiada Lampiran.