Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
156) WABAK DENGGI
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik denggi terkini dalam daerah Kuala Selangor?
Sehingga ME 8/2023, kumulatif kes denggi yang telah didaftarkan di Kuala Selangor adalah 238 kes berbanding 58 kes yang didaftar pada tempoh yang sama pada tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 310%.
-
Senaraikan program yang dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada rakyat dalam daerah Kuala Selangor pada tahun 2022?
Terdapat banyak aktiviti / program yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap denggi di Daerah Kuala Selangor. Di antara aktiviti dan program-program tersebut adalah seperti jadual berikut: