Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

153) GOLONGAN MISKIN TEGAR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor kepada golongan miskin tegar dan peluang yang mereka perolehi untuk mengubah nasib mereka?

    Sepertimana Yang Berhormat Taman Templer sedia maklum, sesebuah isi rumah dianggap miskin tegar jika pendapatannya kurang  daripada nilai Pendapatan Garis Kemiskinan  PGK  makanan yang diperlukan. Berikut merupakan maklumat Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Selangor 2019 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri seperti di Jadual 1:-

     

                                                                   Jadual 1

     

    Kerajaan Negeri sentiasa penyayang terhadap rakyat negeri ini tidak mengira bangsa, umur, jantina mahupun taraf hidup. Kesemua golongan tidak terlepas untuk dibantu termasuklah golongan miskin tegar kerana itulah merupakan tonggak utama Kerajaan Negeri untuk mensejahterakan rakyat dan ianya telah direalisasikan menerusi Iltizam Selangor Penyayang (ISP). Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, Iltizam Selangor Penyayang (ISP) merupakan tekad dan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk memastikan program kebajikan lebih menepati kehendak semasa rakyat menerusi penambahbaikan atau program baru.

     

    Justeru, berhubung dengan apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor kepada golongan miskin tegar dan peluang yang mereka perolehi untuk mengubah nasib mereka, Kerajaan Negeri melihat kesemua program-program yang tersenarai di bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) boleh diperolehi oleh golongan ini namun ianya mestilah mengikut kesesuaian. Namun begitu, untuk mendekati golongan ini dan memberikan mereka peluang untuk mengubah nasib mereka, kesemua pihak terutamanya Pejabat ADUN Kawasan, Pejabat Parlimen, Pejabat Penyelaras, MPKK, Ahli Majlis, Ketua Komuniti India (KKI), Ketua Kampung Baru Cina dan pihak-pihak yang terlibat di lapangan perlu memainkan peranan agar golongan miskin tegar di negeri ini tidak tercicir dan ketinggalan daripada menikmati insiatif-insiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Berikut disertakan senarai program-program di bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) seperti di Lampiran 1 untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya.