Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

145) RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah projek rumah terbengkalai atau bangunan komersil terutama di DUN Taman Templer?

    Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengambil tindakan di bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 kepada pemaju serta perunding yang gagal mengawal selia bangunan dengan baik. Untuk Projek yang disahkan terbengkalai,  pemantauan bersama dibuat melalui Pihak  KPKT (Bahagian Pemulihan Projek Perumahan Swasta) dan Lembaga Perumahan Hartanah  Selangor (LPHS) melalui Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai Negeri Selangor bagi senarai pembangunan yang telah diisytiharkan sebagai projek terbengkalai.

     

    Maklumat tambahan

    Tiada tindakan notis atau kompaun dikeluarkan. Pihak pemaju dan perunding yang masih ada akan dipantau secara bersurat untuk kemukakan program kerja bagi kerja-kerja pembinaan setelah pindaan-pindaan pelan dipatuhi.

     

    Terdapat 2 projek pembangunan di dalam Dun Templer yang berada dalam senarai Projek Terbengkalai Majlis Perbandaran Selayang
    1. Pemaju Barisan Tenaga Perancang (Selayang Spring) – Kediaman
    2. Pemaju Sierra Delima (Selayang Star City) – Komersil / kediaman

     

    BIL PEMAJU STATUS SEMASA
    1 Barisan Tenaga Perancang
    (Selayang Spring)

    –       Kediaman

    Pemaju dalam proses mengemukakan pindaan pada pelan kelulusan bangunan. Pindaan KM telah diluluskan pada 4.3.2020. Pra semakan untuk pindaan pelan bangunan telah dibuat pada 26.1.2020 tetapi sehingga kini pelan bangunan masih belum dikemukakan. PSP maklumkan terdapat masalah antara pemaju dan PSP yang baru dilantik dari segi bayaran)

    Keadaan semasa di tapak – tiada kerja-kerja dilakukan.

    2 Sierra Delima
    (Selayang Star City)

    –       Komersil / kediaman

    Projek pembinaan disambung semula oleh pemaju asal tetuan Sierra Delima Development Sdn. Bhd.

    Borang B (sambung kerja) telah dikemukakan pada 29 Julai 2021.

    Kawasan persekitaran telah mula dibersihkan pada julai 2021. Status semasa di tapak Kerja-kerja pembinaan bangunan sedang dilaksanakan. (40%).

     

    Nota : Maklumbalas ini merupakan maklumbalas yang dikemukakan oleh Jabatan Bangunan kepada Urusetia MPS untuk diselaraskan sebelum dikemukakan ke urusetia Persidangan Dewan.

Lampiran

Tiada Lampiran.