Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

141) STATUS BANGUNAN BAZAR DARUL EHSAN DI KANCHONG DARAT .

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini dengan Bazar Darul Ehsan Kanchong Darat , Koperasi Hijrah (KOHIJRAH) masih belum melaksanakan projek seperti diharapkan? ( u.p Exco Pembangunan Usahawan)

    Untuk makluman perkembangan pada masa kini adalah pemetaan dan kerja-kerja ukur kawasan sebenar Bazar Darul Ehsan (BDE) telah selesai dijalankan. KOHIJRAH juga telah membayar cukai tanah bagi lot tanah tersebut dan kini Pejabat Daerah/ Tanah sedang dalam proses penyediaan surat perjanjian kontrak bagi pengendalian BDE.

Lampiran

Tiada Lampiran.