Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
140) KUOTA ILTIZAM SIHAT SELANGOR DUN MORIB
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kuota untuk Iltizam Sihat Selangor yang menggantikan Peduli Sihat sebelum ini mempunyai sebanyak 996 kekosongan kuota. Setelah dibuat penyelarasan, sehingga kini makluman baki kuota yang kosong untuk DUN Morib masih belum terjawab.
Untuk makluman Yang Berhormat, perincian maklumat Kuota Ilitzam Selangor Sihat (ISS) bagi DUN Morib setakat 02 Mac 2023 adalah seperti berikut:
DUN
Kuota Asal Ahli Aktif (Pemohon Utama)
Baki Kuota Asal Penyelarasan Kuota Baki Selepas Penyelarasn Kuota Morib N53 1,230 525 705 78 627