Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

138) PENYELENGGARAAN LONGKANG DAN SISTEM PERPARITAN DI KAWASAN PERMATANG PASIR HINGGA KE PEKAN CHODOI

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerja kerja pemasangan paip di Pekan Permatang Pasir hingga ke Pekan Chodoi telah menyebabkan kerosakan pada jalan-jalan penduduk dan sistem perparitan tidak dipulihkan . Apakah tindakan pihak JKR Kuala Langat sebagai pemantau projek ini supaya kontraktor Air Selangor melaksanakan tugas dengan sempurna?

    Hasil semakan mendapati bahawa kerja pemasangan paip berkenaan merupakan Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Labohan Dagang, Daerah Kuala Langat di bawah Pakej E1. Ia melibatkan pemasangan paip berdiameter 2000mm dan 1600mm dari Jalan Bukit Jugra ke Banting, Daerah Kuala Langat. Satu lawatan pemeriksaan bersama kontraktor dari pihak UPEN dan perunding telah diadakan pada 23 Februari 2023 yang lalu.

    Pihak kontraktor telah diarah untuk mengambil tindakan pembaikan selepas teguran dan ulasan dibuat semasa lawatan tapak diadakan. JKR Kuala Langat juga akan mengeluarkan surat teguran kepada kontraktor berdasarkan lawatan tapak berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.