Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

136) PERHENTIAN BAS DI HULU KELANG

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah kerajaan (Ahli MMKN dan
    MPAJ) akan menyediakan perhentian
    bas yang selesa, dilengkapi dengan
    bumbung dan tempat duduk?

    Pihak Rapid KL bersama MPAJ akan menyediakan perhentian bas berbumbung yang selesa dan lengkap dengan kemudahan tempat duduk di Jalan Ukay Perdana (berhampiran Flat Al Ridhuan) bagi menggantikan perhentian bas sedia ada di tapak. Perlaksanakan akan dijalankan pada tahun 2023.

Lampiran

Tiada Lampiran.