Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

128) MENDAPAT BANTUAN TERUS DARI PERDANA MENTERI

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur dan peraturan bagi seorang ADN untuk mendapat bantuan terus daripada YAB Perdana Menteri bagi menyelesaikan projek-projek persekutuan yang bermasalah di Hulu Kelang?

    Projek-projek Persekutuan yang bermasalah boleh disalurkan kepada Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan dianggotai oleh semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri berdasarkan Arahan No. 1, 2023 yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh YAB Perdana Menteri pada 7 Februari 2023. JTPD berfungsi untuk memastikan masalah serta isu pelaksanaan program/projek pembangunan yang tidak dapat diselesaikan dikemuka kepada Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg). JTPD ini bermesyuarat sebulan sekali atau seperti yang ditetapkan oleh Pengerusi.

    Sekiranya permasalahan tersebut tidak dapat diselesaikan di peringkat JTPNg, permasalahan akan dikemukakan kepada Kementerian yang bertanggungjawab ke atas projek berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.