Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

109) ADUAN TERHADAP PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN SAMPAH DOMESTIK

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan aduan kutipan sampah domestik yang diterima oleh setiap PBT dan KDEBWM pada tahun 2022. Nyatakan juga bilangan rumah kediaman yang ada di kawasan pentadbiran setiap PBT pada tahun 2022.

    Jumlah aduan kutipan sampah domestik yang diterima oleh setiap PBT dan KDEBWM bagi tahun 2022 yang diterima melalui pelbagai medium seperti Sistem SISPAA dan i-Clean serta jumlah bilangan rumah kediaman mengikut kawasan pentadbiran PBT negeri Selangor adalah seperti di jadual yang berikut:

     

    PBT Bilangan Aduan Kutipan Sampah Domestik Bilangan Pegangan Rumah Kediaman
    KDEB PBT
    MBSA 732 573 227,859
    MBSJ 1,143 945 123,203
    MBPJ 223 153 193,262
    MPK 979 967 193,895
    MPAJ 329 1,011 181,894
    MPS 1,782 1,426 163,861
    MPKj 1,184 1,051 298,300
    MPSp 110 487 114,442
    MPKS 267 49 64,950
    MPHS 199 75 94,104
    MPKL 199 77 70,367
    MDSB 35 27 14,848

Lampiran

Tiada Lampiran.