Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

94) PENGUATKUASAAN PEMBUANGAN SAMPAH DI BAHU JALAN DAN TAMAN PERMAINAN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilangan kes pembuangan sampah di bahu jalan yang berjaya dikuatkuasakan dalam DUN Subang Jaya.

    Pembuangan sampah di bahu jalan tidak dapat diambil tindakan penguatkuasaan kerana tidak terdapat bukti yang kukuh. Pihak Majlis menjalankan tindakan kutipan dan pembersihan bagi menyelesaikan isu sampah longgok di bahu jalan.

  2. Sila nyatakan bilangan kes pembuangan sampah dalam taman permainan yang berjaya dikuatkuasakan dalam DUN Subang Jaya.

    Tiada kes pembuangan sampah dalam taman permainan yang dikuatkuasakan kerana punca sampah tidak dapat dikenalpasti.Semua sampah akan dilupuskan oleh kontraktor penyelenggaraan taman.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.