Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

91) MASALAH KECICIRAN PELAJAR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kadar keciciran murid sekolah rendah dan menengah di Selangor antara tahun 2020, 2021 dan 2022, mengikut daerah.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk kepada definisi keciciran iaitu murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) tetapi keluar daripada sistem sebelum tamat tempoh pendidikan.

     

    Berdasarkan statistik KPM, kadar keciciran murid di negeri Selangor menunjukkan trend peningkatan dari tahun 2020 kepada tahun 2022. Kadar keciciran murid di peringkat rendah meningkat daripada tiada keciciran pada tahun 2020 kepada 0.10 peratus pada tahun 2022. Pada peringkat menengah pula, kadar keciciran murid juga meningkat daripada tiada keciciran pada tahun 2020 kepada 0.61 peratus pada tahun 2022.

     

     

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membawa balik murid tercicir ke sekolah?

Lampiran

Tiada Lampiran.