Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
87) HOSPITAL KUALA KUBU BHARU
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) supaya Hospital Kuala Kubu Bharu dinaiktaraf menjadikan hospital pakar kerajaan yang mempunyai bangunan baru dan lebih banyak katil? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) telah mempunyai perancangan untuk menaiktaraf status Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) kepada hospital pakar minor. Ia telah disenarai pendekkan di peringkat negeri pada Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) Rolling Plan Keempat untuk membina sebuah blok bangunan hospital yang baru dan sekaligus menambah perkhidmatan kepakaran sebagai hospital pakar minor.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai keluasan tanah yang dimiliki oleh Hospital Kuala Kubu Bharu dan penggunaan tanah tersebut? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Keluasan tanah untuk pembangunan hospital dan kawasan sekitarnya adalah 37.544 ekar merangkumi tiga lot dengan perincian seperti berikut:
- Lot 6 = 3.037 ekar
- Lot 7 = 1.507 ekar
- Lot 10 = 33 ekar
Daripada jumlah tersebut, bangunan hospital dan kawasan hutan berada pada Lot 10.