Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
86) PEMANTAUAN PENCEMARAN DI HULU SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mendesak Jabatan Alam Sekitar di Putrajaya untuk menubuhkan cawangan baru di Daerah Hulu Selangor memandangkan kes pencemaran semakin meningkat apabila kilang kitar semula memproses e-waste, sisa plastik dan sisa kertas bertambah sejak tahun 2018? Jika tidak, nyatakan sebabnya.
Berdasarkan statistik Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, sebanyak 412 buah premis industri beroperasi di Daerah Hulu Selangor yang merangkumi pelbagai sektor industri termasuk kilang kitar semula plastik, elektronik, kertas dan sebagainya. Bagi mencegah dan mengawal pencemaran yang berpotensi terhasil daripada impak premis industri berkenaan Jabatan dalam perancangan untuk menubuhkan cawangan di setiap daerah di Negeri ini termasuklah di Daerah Hulu Selangor.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memberi arahan kepada pemilik bangunan kilang untuk membersihkan plastik import yang terbiar oleh penyewa mereka yang beroperasi secara haram dan telah disita oleh MDHS pada tahun 2019?
Majlis akan mengeluarkan notis berkaitan memastikan pengstoran plastik kitar semula di dalam kawasan premis mengikut Garis panduan Penyimpanan Sisa Plastik daripada JPSPN KPKT dan premis baru yang berlesen bagi aktiviti kitar semula plastik tidak dibenarkan oleh Kerajaan Negeri bermula tahun 2022.