Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
80) PROGRAM PENGGANTIAN PAIP AIR DI KUALA KUBU BHARU DAN RASA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan status terkini kerja-kerja penggantian paip air di Rumah Murah Padang Tembak yang panjangnya 2.36km.
Penggantian paip air di Jalan Surau / Rumah Murah Padang Tembak, Jalan Padang Tembak, Kuala Kubu Bharu di bawah Pakej 64 telah dianugerahkan kepada kontraktor pada 15 Januari 2023 dan kerja pembinaan akan bermula selepas mendapat kelulusan permit. Panjang paip terkini bagi kerja-kerja penggantian adalah 1.32 kilometer.
-
Nyatakan status terkini kerja-kerja penggantian paip air di Jalan SMK KKB yang panjangnya 0.54km.
Penggantian paip air di Jalan SMKKKB, Jalan Padang Tembak, Kuala Kubu Bharu di bawah Pakej 64 telah dianugerahkan kepada kontraktor pada 15 Januari 2023 dan kerja pembinaan akan bermula selepas mendapat kelulusan permit. Panjang paip terkini bagi kerja-kerja penggantian adalah 0.79 kilometer.
-
Nyatakan status terkini kerja-kerja penggantian paip air di Taman Rasa Jaya yang panjangnya 1.34km.
Pelaksanaan kerja penggantian paip di Jalan Kuala Kali, Taman Rasa Jaya telah ditunda bagi memberi keutamaan kepada kawasan yang lebih kritikal iaitu Rumah Awam Hulu Bernam. Ini adalah berdasarkan kepada laporan kekerapan kes paip pecah oleh pihak Wilayah Hulu Selangor. Panjang paip yang akan digantikan di Rumah Awam Hulu Bernam di bawah Pakej 64 adalah sepanjang 1.43 kilometer.