Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

77) CADANGAN LEBUHRAYA PJD LINK

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat sebarang perkembangan terbaru / terkini mengenai PJD link di peringkat Kerajaan Negeri / Kerajaan Tempatan?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkembangan terbaru setakat ini, pihak konsesi dalam proses memenuhi ketetapan syarat duluan yang termaktub di dalam perjanjian konsesi dalam tempoh 12 bulan sehingga 4 April 2023. Ketika ini, pihak konsesi telah memohon lanjutan 3 bulan sepertimana ketetapan klausa di dalam perjanjian dan lanjutan tersebut telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek (JPP) di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri pada 28 Februari 2023 dan masih menunggu keputusan mesyuarat tersebut.

    Pihak konsesi sedang dalam peringkat penyediaan kajian EIA, SIA dan TIA seperti berikut:

    1. TIA – laporan draf terakhir sedang di dalam proses penilaian dalaman.
    2. SIA – langkah-langkah mitigasi berdasarkan Focus Group Discussion (FGD) dan komen penduduk sedang dimuktamadkan
    3. EIA – langkah-langkah mitigasi berdasarkan penilaian di tapak (air, udara, kebisingan dan gegaran) serta hasil FGD sedang dimuktamadkan.

    Laporan-laporan tersebut akan diserahkan kepada agensi-agensi yang berkenaan pada 15 Mac 2023 untuk ulasan dan penilaian sebelum diperakukan.

    Oleh itu, cadangan PJD Link ini masih belum boleh dimuktamadkan di peringkat Negeri Selangor dan laporan kajian EIA, SIA dan TIA perlu dibentangkan kepada MTES dan disahkan oleh MMKN termasuk penyelesaian perihal tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.