Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
72) PUSAT BERPANTANG (CONFINEMENT CENTRE)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah jenis-jenis kelulusan yang diperlukan untuk memulakan operasi Pusat Berpantang (Confinement Centre)?
Merujuk kepada Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) Bilangan 1 Tahun 2022 – Garis Panduan Penubuhan Pusat Penjagaan, Rawatan Ibu Selepas Bersalin dan Bayi di Negeri Selangor yang telah berkuatkuasa 21 Mac 2022, berikut adalah pematuhan/ kelulusan lesen yang dinyatakan seperti di dalam garis panduan:
”Pematuhan/ Kelulusan Lesen
- Perlu mendapatkan sokongan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Polis Diraja
- Perlu mendapatkan ulasan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi rawatan
- Perlu mendapatkan ulasan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menjalankan aktiviti penjagaan bayi selepas bersalin.
- Perlu memastikan perawat dan penjaga ibu dan bayi adalah terdiri daripada penjaga atau jururawat yang bertauliah dan bilangan perawat atau penjaga dalam satu masa adalah mencukupi untuk tujuan kawalan dan
- Perlu menempatkan sekurang-kurangnya seorang doktor bertauliah untuk menjalankan pemantauan ke atas ibu dan anak.
- Pemegang lesen hendaklah menyediakan buku rekod kemasukan pelanggan atau apa-apa transaksi seumpama yang boleh digunakan untuk tujuan semakan oleh pihak berkuasa.
- Perlu mengemukakan sijil perkhidmatan kawalan serangga perosak dan pembawa
- Perlu mengemukakan salinan laporan pemeriksaan kesihatan bagi pekerja yang terlibat dalam aktiviti pusat kecantikan.
- Perlu mengemukakan salinan surat pemeriksaan doktor dan suntikan TY2 serta salinan sijil kursus pengendali makanan bagi kesemua pengendali makanan di premis
- Perlu mengemukakan kelulusan pelan ubahsuai serta mematuhi syarat teknikal lain yang ditetapkan oleh
- Tindakan penutupan dan sitaan akan dilakukan ke atas premis yang melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan termasuk pembatalan lesen perniagaan dan
- CCTV hendaklah dipasang bagi tujuan keselamatan bangunan dan
- Premis hendaklah menyediakan kemudahan pengurusan sisa seperti berikut :
- Ruang untuk sampah domestik hendaklah dilengkapi tong sampah bersaiz 240 liter.
- Ruang untuk sampah pukal. Pihak premis perlu melantik kontraktor panel sisa industri PBT.
- Ruang untuk kitar semula hendaklah dilengkapi 1 set tong kitar semula bersaiz 240 liter setiap satu.
- Bagi sampah lampin pakai buang kanak-kanak, perlu dilengkapi tong sampah bersaiz 120 liter.
- Perlu mengambil insuran tanggungan awam kepada pelanggan iaitu ibu dan bayi.”