Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

59) JALAN ALTERNATIF KE KAWASAN KILANG DI SEKITAR DESA SUBANG PERMAI SEKSYEN U6 DARI JALAN PEKAN SUBANG

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembinaan jalan tersebut?

    Pihak Majlis telah melantik perunding Waja Design Consult bagi merekabentuk jalan alternatif pada tahun 2021. Pada tahun 2023 Pihak Majlis telah meluluskan projek menaiktaraf jalan alternatif dari Jalan Subang Permai U6/1 ke Jalan Pekan Subang, Seksyen U6, Shah Alam yang telah diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur Bangunan Bilangan 1 Tahun 2023 bertarikh 22 Februari 2023 dengan anggaran peruntukan projek berjumlah RM 6.9 juta ringgit Malaysia. Selain itu juga, pihak JKR juga tiada halangan pembinaan jalan alternatif tersebut yang melibatkan jalan JKR (Jalan Pekan Subang) antaranya merangkumi RSA 1-5.

  2. Adakah pembinaan jalan tersebut mengikut jadual asal?

    Pihak Majlis menjangkakan projek naiktaraf jalan alternatif dijangka dilaksanakan pada bulan Jun 2023 dengan tempoh projek 18 bulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.