Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
53) PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa ramaikah pelajar yang telah ditukar dari pinjaman kepada biasiswa penuh sejak 5 tahun lepas?
Bilangan pelajar yang ditukar Pinjaman kepada Biasiswa Penuh adalah seperti berikut:-
Tahun Bil. Pelajar Jumlah Pinjaman Dilupuskan 2018 0 0.00 2019 3 46,123.00 2020 2 42,000.00 2021 20 430,520.00 2022 32 642,000.00 Jumlah 57 1,160,643.00 -
Apakah Yayasan Selangor berhasrat untuk mengubah syarat biasasiswa bagi meringankan beban pelajar b40?
Syarat-syarat Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Selangor masih dikekalkan dan ditambah baik dengan syarat:-
- Tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda
- Pelajar yang memiliki rekod peminjam di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda digabung jumlah pinjaman. Jumlah pemberian Biasiswa Penuh akan diberikan tertakluk kepada kelulusan akademik Ijazah Sarjana Muda Kelas pertama.
- Keputusan akademik dengan pencapaian Ijazah Kelas Pertama atau CGPA 3.75 ke atas.
- Pelajar dalam lulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan/Pembedahan atau yang Setaraf dengan kelulusan akademik LULUS