Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
52) PARIT BENGKOK DI HADAPAN KILANG LAY YONG JALAN TERATAI
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak MPK bagi membetulkan keadaan parit bengkok di Jalan Teratai menjadi bottle neck punca banjir kilat di Taman Meru Utama?
Keadaan parit yang tidak sejajar (bengkok) di hadapan Kilang Lay Yong adalah disebabkan oleh status tanah hakmilik persendirian di mana pihak pemilik/ pemaju belum melaksanakan pembangunan. Pada masa ini, parit di hulu dihubungkan ke parit konkrit melalui paip pembetung yang melintasi Jalan Teratai.
-
Bilakah parit bengkok ini akan diluruskan untuk aliran air lancar?
Parit bengkok ini akan diluruskan apabila pihak Lay Yong melaksanakan pembangunan di mana pihak Majlis mensyaratkan kepada pihak pemilik / pemaju untuk membuat serahan rezab parit dan membina parit konkrit di bidang hadapan.