Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

45) ALAM SEKITAR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini usaha pemuliharaan Sungai Klang menerusi Projek Selangor Maritime Gateway (SMG)?

    Usaha pemuliharaan di Sungai Klang melalui pemasangan tujuh (7) ‘logboom’ (perangkap sampah) menerusi projek SMG telah memberi impak terhadap peningkatan kualiti air di Sungai Klang. Initiatif ini akan diteruskan melalui penambahan sebanyak sepuluh (10) ‘mini log boom’ di tributari dan ‘monsoon drain’ bagi meningkatkan kecekapan operasi.

  2. Apakah tahap kualiti air Sungai Klang semenjak tahun 2017 sehingga 2022?

    Pemantauan kualiti air Sungai Klang bermula pada tahun 2019 melalui pemasangan stesen pemantauan kualiti air (WQMS) di Pangkalan Batu. Tiga (3) lagi stesyen WQMS telah ditambah pada tahun 2021 bagi meningkatkan liputan kawasan pemantauan kualiti air di Sungai Klang.  Kualiti air Sungai Klang kini semakin baik di mana purata bacaan Indeks Kualiti Air (IKA) pada tahun 2022 berada pada paras 64% daripada bilangan hari dalam setahun di Kelas III dan ke atas. Jadual di bawah menunjukkan purata bacaan IKA dari tahun 2019 (sumber dari Stesen WQMS di bawah projek SMG).

     

    Tahun

     

    Stesen

    Jumlah peratus (%) daripada bilangan hari dalam setahun pada Kelas III dan ke atas
    2019 Pangkalan Batu 52
    2020 Pangkalan Batu 50
    2021 Pangkalan Batu, Tmn Medan, Kg Lombong & Sg Udang 40
    2022 Pangkalan Batu, Tmn Medan, Kg Lombong & Sg Udang 64

Lampiran

Tiada Lampiran.