Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

43) EKONOMI IKS/PENJAJA

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dalam tempoh endemik ini apakah perancangan pihak PBT dalam menyusun semula para penjaja yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan?

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berusaha mempermudah dan mempercepatkan kelulusan Lesen Penjaja Sementara sama ada secara manual atau dalam talian. PBT juga telah diminta untuk membantu para peniaga mengenal pasti tapak/ lokasi yang lebih banyak dan sesuai untuk dijadikan tapak penjaja sementara. Ini bagi memastikan kawalan keselamatan dan laluan trafik adalah terkawal dan mengelakkan kacau ganggu kepada masyarakat sekitar.

Lampiran

Tiada Lampiran.