Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

40) BANTUAN MAHASISWA

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Disebabkan pinjaman PTPTN tidak cukup bagi mahasiswa untuk kelangsungan kehidupan dalam Universiti, adakah Kerajaan Negeri Selangor merancang untuk memberi pinjaman kepada mahasiswa golongan miskin?

    Pinjaman Pelajaran kepada anak-anak Selangor masih berjalan secara tahunan dan bilangan sasaran kuota tahunan bagi Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara dan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara adalah sebanyak 1000 orang dan 65 orang bagi tahun 2023. Pinjaman ini tidak terhad kepada golongan miskin sahaja tetapi terbuka kepada semua anak Selangor yang berminat untuk mendapatkan kemudahan ini.

  2. Nyatakan bilangan mahasiswa yang menerima sumbangan Hadiah IPT mengikuti DUN.

    Statistik penerima Hadiah Pengajian IPT mengikut DUN adalah seperti di lampiran.