Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

33) SELGATE CORP SDN BHD

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan kini berkenaan pembinaan Hospital Selgate Rawang?

    Untuk makluman semua Sidang Dewan, perkembangan Projek Selgate Rawang Hospital adalah dalam proses re-tender setelah pihak Selgate Corporation Sdn Bhd menamatkan kontrak perkhidmatan pembinaan yang diberi kepada syarikat Hatimuda Sdn Bhd sebagai kontraktor utama pada bulan Oktober 2022. Proses re-tender ini akan berakhir pada 7 Mac 2023 dan perlantikan syarikat pembinaan utama baharu dijangka akan dilantik pada hujung bulan Mac 2023. Selgate Corporation Sdn Bhd merancang kerja-kerja penyambungan pembinaan ini akan bermula pada pertengahan bulan April 2023 dan akan mengambil tempoh masa setahun setengah lagi untuk di siapkan bergantung kepada kelulusan dari pihak yang diberikuasa.

  2. Nyatakan prestasi kewangan Selgate Corporation Sdn Bhd sejak tahun 2018.

    Prestasi kewangan Selgate Corporation sejak tahun 2018 telah berkembang dengan pesat seperti berikut:

     

    Semenjak tahun 2018, Selgate Corporation telah mengembangkan bisnes melalui anak-anak syarikat yang terlibat dalam aktiviti seperti klinik am, klinik pergigian, farmasi, insurans, Third Party Administrator (TPA), diagnostik, home nursing, teknologi kewangan melalui Selangkah dan dialisis di samping pembinaan hospitalhospital.

  3. Apakah perancangan masa depan bagi Selgate Corporation?

    Selgate Corporation akan sentiasa meneruskan usahanya untuk menyumbang kepada ekonomi negeri melalui kegiatan kesihatan dan hartanah. Sementara pembinaan hospital dijalankan, Selgate telah berusaha untuk membina ekosistem kesihatan dengan membangunkan pelbagai perniagaan berteraskan kesihatan, Selgate akan sentiasa mencari peluang untuk menambah baik perkhidmatannya dan mencari aktiviti kesihatan lain yang relevan untuk menambah kepada ekosistem ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.