Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

31) INFRASTRUKTUR DUN RAWANG

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan kini berkenaan permohonan pengambilan tanah dan hak penyenggaraan bagi Jalan Pintas Bandar Tasik Puteri ke Batu Arang?

    Pejabat Daerah Tanah Gombak (PDTG) masih belum menerima permohonan rasmi cadangan pengambilan tanah daripada Jabatan Kerja Raya (JKR). Walau bagaimanapun, PDTG dimaklumkan bahawa pihak JKR dalam proses mendapatkan peruntukan daripada pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi cadangan kerja ukur dan pengambilan tanah. Pada masa kini jalan Bandar Tasik Puteri ke Batu Arang sepanjang 1km diselenggara oleh unit teknikal Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

  2. Apakah status kini berkenaan penyelesaian aduan longkang yang retak dan permintaan penaiktarafan longkang di hadapan kedai Jalan Welman, Rawang?

    Untuk makluman, hasil mesyuarat penyelarasan persempadanan jalan MPS dan JKR di bawah kawasan pentadbiran MPS yang telah diadakan pada 13 Ogos 2021 secara atas talian telah bersetuju bagi pihak majlis membantu untuk pengambilan seliaan Jalan Maxwell dan Jalan Silang. Manakala bagi Jalan Wellman pula pihak JKR akan meneruskan penyelenggaraan di jalan serta longkang di kawasan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.