Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

17) TINDAKAN PIHAK LUAS

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah pihak LUAS mengarahkan penutupan jeti-jeti kecil oleh pengusaha-pengusaha yang menyewakan sampan bagi pemancing-pemancing hasil sungai di sepanjang Sungai Bernam?

    Peraturan-Peraturan Aktiviti Pengubahan Sumber (Selangor) 2013, telah dikuatkuasakan antara lainnya adalah berkaitan pengurusan semua jeti di Negeri Selangor. Pihak pengusaha telah dikenakan Notis Pemberitahuan Kesalahan dan perlu memohon Kebenaran Bertulis Aktivit Pengubahan sumber sebagai kawalan kepada aktivit jeti atas aduan yang diterima oleh LUAS. Pada 15 Disember 2021 satu perjumpaan bersama Persatuan Nelayan Negeri Selangor (PENEGOR). Hasil perbincangan tersebut LUAS telah mengeluarkan surat maklumbalas kepada pengusa-pengusaha jeti kecil berkaitan melalui surat bertarikh 3 Februari 2022 yang memaklumkan pihak LUAS dalam peringkat semakan semula dasar berkaitan jeti yang melibatkan jeti perikanan terutamanya jeti tradisional/sara diri ini dan memohon kepada pengusaha untuk tidak menjalankan kerja-kerja pembinaan atau penambahan struktur jeti sedia ada.

     

    LUAS telah mengadakan Bengkel Pemutihan dan Pemerkasaan Pengurusan Jeti Negeri Selangor pada 8 Ogos 2022 yang dihadiri oleh wakil persatuan nelayan, agensi dan turut di hadiri juga oleh Ahli Dewan Negeri yang berkaitan. LUAS juga mengadakan sesi perbincangan lanjut dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor pada 8 Februari 2023 dan agensi lain seperti Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor bagi pelaksanaan pemutihan bagi jeti-jeti di bawah kategori sara diri ini. Hasil lanjut daripada bengkel dan dapatan-dapatan maklumat terperinci daripada agensi ini akan dibentangkan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk arahan lanjut.

Lampiran

Tiada Lampiran.