Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

14) TRAFIK LALULINTAS FR5 SABAK BERNAM – KUALA SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pada setiap hujung minggu dan cuti umum , sering berlaku kesesakan trafik di kawasan Tanjung Karang hingga ke Kuala Selangor. Secara tidak langsung ianya merencatkan aktiviti warga pengguna jalanraya FR5 itu sendiri dalam urusan diluar kawasan. Tiadakah daya usaha dari pihak yang berkenaan untuk mengatasi permasalahan tersebut?

    Jalan Persekutuan FR5 adalah di bawah bidang kuasa Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FR5 dari Tanjong Karang ke Sabak Bernam sepanjang 50 kilometer telah siap sepenuhnya pada 22 Februari 2022.

    Buat masa ini, tiada sebarang perancangan untuk menaiktaraf Jalan Persekutuan FR5 dari kawasan Tanjung Karang sehingga Kuala Selangor. Walaubagaimanapun, pembinaan Lebuhraya Pantai Barat atau West Coast Expressway (WCE) yang bertindak sebagai Laluan Alternatif atau ‘By Pass’ kepada Jalan Persekutuan FT05 dijangka dapat menyuraikan trafik yang sesak di kawasan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.