Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

7) PIMPINAN WANITA

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah dan peratusan wanita yang memegang jawatan di pengurusan tertinggi dalam Pentadbiran Negeri.

    1. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, jumlah dan peratusan wanita yang memegang jawatan di pengurusan tertinggi dalam Pentadbiran Negeri adalah seperti berikut :

     

    KATEGORI BIL. JAWATAN BIL. WANITA PERATUSAN
    Pentadbiran SUK

    (Pejabat SUK, Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS), Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT))

    26 7 27%
    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 12 2 17%
  2. Apa yang mampu dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan lebih wanita dapat promosi dan peluang untuk menduduk di jawatan yang tinggi?

    Kerajaan Negeri sentiasa menilai dan melihat kebolehupayaan, prestasi dan kompetensi seseorang pegawai untuk dipertimbangkan memegang jawatan-jawatan strategik di gred tinggi khususnya di peringkat pembuat keputusan. Pelantikan para pegawai ke jawatan-jawatan tersebut adalah tanpa sebarang diskriminasi kepada jantina, bangsa mahupun keturunan bagi menjawat sebarang jawatan ini di jabatan/ agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Ini turut merangkumi Pentadbiran Awam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri.

     

    Di Selangor, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam usaha pemberdayaan dan pembangunan wanita di semua peringkat. Selain penubuhan Wanita Berdaya Selangor (WBS) yang berperanan  dalam merealisasikan misi pemberdayaan wanita di Selangor melalui pelaksanaan Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan yang telah digariskan, antara usaha yang sedang dijalankan dalam memastikan lebih ramai golongan wanita mendapatkan peluang untuk berada di jawatan yang tinggi di peringkat Pentadbiran Negeri adalah melalui pengarusperdanaan gender melibatkan agensi kerajaan dan anak syarikat diperingkat pembuatan keputusan bertujuan untuk memberikan kesedaran dan penekanan tentang kepentingan penglibatan wanita di peringkat pembuatan keputusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.