Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

5) KUARI DALAM HUTAN SIMPAN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan dan jenis lesen dikeluarkan bagi kuari dalam hutan simpan di Selangor sejak tahun 1950.

    Sejak tahun 1993 hingga 2023, sebanyak lapan (8) Lesen Kecil (Kuari) yang telah dikeluarkan dan masih beroperasi bagi aktiviti pengkuarian dalam Hutan Simpanan Kekal di Negeri Selangor.

  2. Mengapa aktiviti pengkuarian batu dalam kawasan-kawasan Hutan Simpan Kekal Selangor bertumpu di HSK Bukit Lagong?

    Secara dasarnya, Hutan Simpan Bukit Lagong telah dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran di bawah Seksyen 10, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. Selain mempunyai rizab bahan batuan granit yang tinggi, Hutan Simpan Bukit Lagong adalah merupakan satu-satunya hutan darat yang dikategorikan sebagai Hutan Pengeluaran di negeri Selangor. Hutan simpanan kekal yang lain telah dikategorikan sebagai Hutan Perlindungan dan tidak dibenarkan dijalankan sebarang aktiviti pengusahasilan.

  3. Berapa jumlah royalti, Ses dan pembayaran lain untuk industri kuari ini yang bakal dikutip oleh Kerajaan Negeri untuk tahun 2023-2033?

    Dengan mengambil kira purata sebanyak RM4juta per tahun bagi lapan (8) syarikat kuari sedia ada yang beroperasi, dianggarkan sejumlah RM40 juta akan dikutip oleh Kerajaan Negeri melalui bayaran royalti, ses dan pembayaran lain untuk industri kuari bagi tempoh 10 tahun mulai 2023 sehingga 2033. Jumlah ini bergantung kepada sebarang pindaan kadar cukai bahan batuan yang dikaji semula oleh Kerajaan Negeri dari masa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.