Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
287) TERMINAL BAS BANTING DI JALAN SENTOSA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terkini terhadap cadangan ini memandangkan tender untuk projek ini telah ditutup pada 30 November 2022? Berapakan tender dan nilai tender yang telah diterima dan apakah keputusan telah dibuat?
Cadangan mereka bentuk, membina, menyiapkan dan menguji lari serta mentauliah kerja-kerja infrastruktur bersepadu sebuah Terminal Pengangkutan Awam Banting di Jalan Sentosa, Kuala Langat telah diiklankan pada 11 Ogos 2022. Tender telah ditutup pada 15 Disember 2022 dengan jumlah petender yang membida sebanyak 8 syarikat. Kos pembangunan Terminal ini adalah dianggarkan sebanyak RM 9 juta. Pada masa kini Tender ini sedang dalam proses penilaian Teknikal dan akan dibentangkan dalam Jawatankuasa Teknikal MPKL dan Jawatankuasa Tender MPKL pada 9 Mac 2023 untuk pengesyoran. Keputusan pengesyoran akan dibawa ke Mesyuarat Lembaga Perolehan Negeri Selangor yang dijadualkan akan bersidang pada 30 Mac 2023 untuk kelulusan.