Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

285) PENGETAHUAN PENGURUSAN KEWANGAN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sebanyak 48,791 kes muflis membabitkan rakyat negara ini direkodkan bagi tempoh lima tahun sehingga November 2022. Apakah yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan anak-anak muda di Selangor mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pengurusan kewangan?

    Kerajaan Negeri amat menitik beratkan aspek pembangunan belia di Negeri Selangor memandangkan lebih lima puluh peratus (50%) populasi rakyat Selangor adalah dalam kalangan generasi muda. Berdasarkan data daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, jumlah kes keseluruhan kebankrapan di Malaysia mengikut cawangan dari tahun 2018 sehingga bulan Disember 2022 adalah sebanyak 269,654. Daripada jumlah ini, kes yang direkodkan di Negeri Selangor adalah sebanyak 71,883 iaitu sebanyak 26.7 peratus. Kes yang melibatkan golongan muda yang berumur 44 tahun dan ke bawah di seluruh Malaysia adalah adalah sebanyak 59 peratus.

    Justeru itu, dalam usaha untuk memartabatkan aspek pembangunan belia di Selangor, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Generasi Muda dan Sukan telah mengambil inisiatif bagi mengelakkan generasi muda di Selangor terlibat dengan kes muflis.Sehubungan dengan itu, bagi memastikan agenda pembangunan Generasi Muda Selangor terus terlaksana, Kerajaan Negeri melalui Penggerak Belia Selangor (PeBS) telah memberi pendedahan dan pengetahuan yang mencukupi tentang pengurusan kewangan dengan mengadakan program-program seperti berikut :-

    Program-program berkaitan pengurusan kewangan ini akan diteruskan pada tahun ini sebagai usaha Kerajaan Negeri untuk terus memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang bijak dalam kehidupan.

Lampiran

Tiada Lampiran.