Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

283) SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE)

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah permohonan SADE sehingga tahun 2022.

    Jumlah keseluruhan permohonan SADE terkumpul yang didaftarkan melalui sistem SSIPR adalah sebanyak 339,441.

    Daripada jumlah tersebut, sebanyak 282,038 adalah permohonan daripada premis meter domestik manakala selebihnya sebanyak 57,403 adalah permohonan daripada premis meter pukal.

  2. Nyatakan jumlah permohonan SADE yang telah diluluskan sehingga tahun 2022.

    Sehingga tahun 2022, sebanyak 307,526 permohonan SADE telah diluluskan.

    Daripada jumlah tersebut, 250,123 adalah permohonan SADE bagi meter domestik manakala 57,403 adalah permohonan SADE bagi premis meter pukal.

  3. Nyatakan jumlah dan sebab-sebab permohonan SADE ditolak.

    Jumlah keseluruhan permohonan SADE terkumpul yang ditolak adalah sebanyak 31,915. Antara sebab–sebab permohonan ditolak adalah:

    1. Akaun tidak wujud (kesalahan maklumat / akaun air).
    2. Akaun bukan daripada kategori tarif individu domestik.
    3. Status Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air pemohon tidak lagi aktif (Akaun air tidak aktif)

    Sejumlah besar permohonan yang ditolak adalah pada fasa permulaan pendaftaran SADE yang dibuka pada tahun 2019.  Bagaimanapun, permohonan yang gagal boleh memohon semula SADE sebaik keputusan kelulusan SADE bagi setiap Siri Pelaksaaan SADE tersebut telah dikeluarkan/dimaklumkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.