Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
277) PERUNTUKAN UNTUK HAL EHWAL KEAGAMAAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan peruntukan yang telah diberikan kepada hal ehwal keagamaan dari tahun 2012 hingga 2022 mengikut:
a) hal ehwal islam
b) hal ehwal bukan islamDalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat di Negeri Selangor dalam mengamalkan kepercayaan agama masing-masing, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan sebilangan peruntukan bagi Hal Ehwal Islam yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan peruntukan bagi Hal Ehwal Selain Islam (HESI) yang diterajui oleh Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS).
Bagi peruntukan bagi hal ehwal Islam dari tahun 2013 sehingga tahun 2022, jumlah peruntukan yang disalurkan kepada pihak JAIS adalah sebanyak RM35,853,630.09 dan pecahan mengikut tahun adalah seperti berikut:
Sejak dari tahun 2012 sehingga tahun 2022, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM59,510,500.00 melalui Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS) kepada rumah-rumah ibadat selain Islam di Negeri Selangor dengan pecahan mengikut tahun seperti berikut:
Peruntukan ini secara amnya meliputi pembiayaan dari segi baikpulih bangunan keagamaan sedia ada, sumbangan bagi aktiviti-aktiviti keagamaan, penyediaan peralatan kelengkapan bagi kelas-kelas agama serta sumbangan bagi pembinaan asas rumah ibadat yang diluluskan tidak melebihi dari RM50,000.00.